11 Ayat Motivasi Dari Al-Quran
Assalamualaikum WBT
Dalam entri kali ini saya ingin paparkan 11 maksud firman Allah swt yang boleh menjadikan diri kita kembali bangun dan terus bersemangat jika kita hayati pengertiannya.
11 Ayat Motivasi Dari Al-Quran ini boleh dijadikan panduan untuk kita semua.
11 Ayat Motivasi Dari Al-Quran ini boleh dijadikan panduan untuk kita semua.
Nikmat Allah SWT
Seharusnya kita ingat bahawa nikmat Allah SWT terlalu banyak. Sekiranya kita hilang sesuatu nikmat yang Allah SWT pinjamkan ada banyak lagi nikmat Allah SWT di alam ini.
1.
“Dan
apabila kamu menghitung ni’mat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat
menghitungnya” (Q.S. Ibrahim: 34)
Bersyukur
Sebagai manusia kita perlu bersyukur akan nikmat yang kita kecapi selama ini dan akan datang kerana Allah SWT menjanjikan untuk menambahkan lagi nikmatNya. Namun, jika kufur, kita akan menerima azab yang pedih.
2.
“Apabila
kamu bersyukur nescaya akan Aku tambahkan nikmat-Ku, dan apabila kamu kufur
maka adzab-Ku sangat pedih” (Q.S. Ibrahim:7)
Tidak Putus Asa
Jangan kita mudah putus asa dalam melakukan sesuatu kebaikan kerana Allah SWT mengizinkan kita mengubah kehidupan jika kita terus berusaha.
3.
“Sesungguhnya
Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka
sendiri”(Q.S.
Ar-Ra’d:11)
Kejadian Allah SWT Tidak Sia-Sia
Sesuatu perkara yang kita tidak suka atau tidak sanggup menanggungnya merupakan perkara yang terbaik untuk kita kerana setiap perkara Allah SWT tentukan adalah tidak sia-sia.
4.
“Dan
boleh jadi kamu membenci sesuatu tetapi ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu
menyukai sesuatu tetapi ia buruk bagimu, dan Allah mengetahui dan kamu tidak
mengetahui “ (Q.S. Al-Baqarah:216)
Bersama Orang Beriman
Selagi kita berada dalam kelempok orang yang beriman, maka kita tetap mendapat pengiktirafan yang tinggi daripada Allah SWT. Biarpun manusia memandang rendah kepada kita.
5.
“Janganlah
kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah
orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Q.S. Al-Imran: 139)
Rahmat Allah SWT Sentiasa Ada
Rahmat Allah SWT sentiasa ada di setiap masa dan di mana sahaja untuk kita. Dia tidak suka kita berputus asa.
6.
“Dan
janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus
asa daripada rahmat Allah melainkan orang-orang yang kufur.” (Q.S. Yusuf: 87)
Allah SWT Tahu Kemampuan Kita
Suatu perkara yang kita tanggung sebenarnya mengikut kemampuan kita. Allah SWT maha mengetahui kemampuan setiap hambaNya.
7.
“Allah
tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Q.S. Al-Baqarah: 286)
Kesenangan Di sebalik Musibah
Usahlah bimbang apabila ditimpa musibah kerana di sebalik musibah itu ada hikmah dan mungkin nikmat yang lebih banyak bakal kita kecapi.
8.
“Maka
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama
kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Al-Insyirah: 5-6)
Penawar Bagi Ujian
Allah SWT menyukai orang yang sabar dan menjaga solatnya. Dua amalan ini merupakan perawat yang paling mujarab jika kita ditimpa ujian.
9.
“Wahai
orang-orang yang beriman mintalah pertolongan melalui Sabar dan Shalat,
sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Dan benar-benar akan Kami
uji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan buah-buahan, dan
berilah kabar gembira bagi orang-orang yang sabar, (yaitu) yang apabila mereka
tertimpa musibah mereka mengatakan “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan
kepada-Nya kami kembali”(Q.S.
Al-Baqarah: 155-156)
Taubat Segera
Jika kita melakukan kesalahan, jangan ditunggu-tunggu lagi. Bersegeralah memohon ampun dan bertaubat kepada Allah SWT kerana Dia Maha Pengampun.
10.
“Sesungguhnya
taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan
kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera,
maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya, dan Allah Maha Mengetahui
lagi Maha Bijaksana. Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang
yang mengerjakan kejahatan yang hingga apabila datang ajal seseorang di antara
mereka, barulah ia mengatakan: Sesungguhnya saya bertaubat sekarang. Dan tidak
(pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka dalam kekafiran.
Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih.” (Q.S. An-Nisa: 17-18)
Takwa Adalah Penyelamat
Dalam setiap perkara atau situasi yang kita alami hendaklah kita bertakwa kepada Allah SWT kerana ia akan menyelamatkan kita.Semoga 11 Ayat Motivasi Dari Al-Quran ini dapat bermanfaat kepada kita semua. Wallahu A'lam.
Source : notamengajarbelajar.com
0 Comment:
Post a Comment